UTAMA | Pusat Perhubungan Alumni

Sebagai pemegang taruh, alumni membantu dalam menjalinkan hubungan bersama pemegang taruh yang lain seperti industri, rakan universiti, organisasi tempatan dan antarabangsa. Kesemua pemegang taruh ini mesti mempunyai minat untuk berkolaborasi dengan UPM untuk tujuan akademik, penyelidikan dan pengkomersilan sejajar dengan Pelan Strategik UPM. Justeru, Pusat Perhubungan Alumni selaku sekretariat bagi Yayasan Pak Rashid (YPR) mengurus dan menyelaras biasiswa pelajar dan turut menganugerahi pingat emas dan hadiah iaitu “Pingat Emas Yayasan Pak Rashid” kepada pelajar cemerlang. YPR turut menyediakan pinjaman kewangan kepada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan jangka pendek bagi membiayai kos pengajian mereka. Pusat Perhubungan Alumni juga turut mengurus dan menyelaras Biasiswa Soh Kim Mee khususnya kepada pelajar Diploma dan Bacelor dalam bidang Pertanian.

Pusat Perhubungan Alumni mempunyai 18 orang staf merangkumi Pengurusan & Profesional dan Pelaksana. Kami sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam melestarikan hubungan jalinan alumni-Alma mater ke arah kecemerlangan UPM.

Pusat Perhubungan Alumni telah menerima kerja lapangan daripada Pejabat Alumni, Institut Pengajian Tinggi Malaysia dan Luar Negara saban tahun. Kira-kira 2-3 lawatan kerja diterima setiap tahun antaranya daripada Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia, Pejabat Perhubungan Alumni Universiti Teknologi Mara, Institut Pertanian Bogor, Indonesia dan banyak lagi.

 

Sistem Maklumat Alumni (AIS) merupakan sebuah laman portal alumni yang akan dibangunkan oleh Pusat Alumni untuk mengumpul dan mengemaskini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien. Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti/ program anjuran UPM.

Para alumni boleh mengemaskini maklumat diri di sini KEMASKINI MAKLUMAT ALUMNI.

artikel
BUKAN SEKADAR SEGULUNG IJAZAH : SEBUAH PERJALANAN KASIH DI MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KALI KE-49 SIDANG 2
Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Kali Ke-49 Sidang 2 yang berlangsung selama tujuh hari bermula 29 November hingga 5 Disember 2025 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang bukan sekadar sebuah majlis penganugerahan ijazah. Ia merupakan sebuah perjalanan penuh makna yang merangkumi kisah perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang, diraikan bersama dalam suasana penuh emosi dan kebanggaan.
BUKAN SEKADAR SEGULUNG IJAZAH : SEBUAH PERJALANAN KASIH DI MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KALI KE-49 SIDANG 2
KONVOKESYEN UPM BINTULU SARAWAK KE-49 SERLAH KEINDAHAN BUDAYA DAN SEMANGAT PERPADUAN
KONVOKESYEN UPM BINTULU SARAWAK KE-49 SERLAH KEINDAHAN BUDAYA DAN SEMANGAT PERPADUAN
ALUMNI DAN SUKAN: SEMANGAT PUTRA YANG TERUS MENYALA
ALUMNI DAN SUKAN: SEMANGAT PUTRA YANG TERUS MENYALA
Artikel-artikel lain...
berita
MESYUARAT MAJLIS ALUMNI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MALUMNI)
MESYUARAT MAJLIS ALUMNI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MALUMNI)
Mesyuarat Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MALUMNI) telah berjaya dilaksanakan bertempat di Bilik Sidang Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), melibatkan penyertaan para Pengarah serta Pegawai Perhubungan Pusat Alumni Universiti Awam dari seluruh negara.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.
Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
insta.png
twitter.png
youtube.png
F, (06:52:50pm-06:57:50pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]