SOALAN LAZIM | Pusat Alumni
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Hebahan Aktiviti
1
Bagaimanakah untuk mengetahui apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan atau bakal dijalankan oleh Pusat Alumni?

Untuk mengetahui tentang aktiviti yang dijalankan atau bakal dijalankan, Alumni UPM boleh mengikuti Laman Web, Facebook, Twitter dan Instagram Pusat Alumni seperti di link yang dipaparkan pada menu utama.


Penerbitan
2
Adakah Pusat Alumni UPM menerbitkan majalah untuk alumni UPM?

Ya, kami di Pusat Alumni UPM mengeluarkan majalah UPM Alumni Serdang Sun sebanyak 2 kali pengeluaran setiap tahun.  


Umum
3
Di manakah lokasi Pusat Alumni?  
4
Apakah peranan Pusat Alumni?

Pusat Alumni (dahulu dikenali sebagai Pusat Perkhidmatan Kerjaya & Alumni) berperanan untuk mengeratkan hubungan sesama Alumni dan juga di antara Alumni & pihak UPM. Oleh itu, Pusat Alumni akan mengadakan pelbagai aktiviti yang akan melibatkan para alumni dan juga pihak UPM.

5
Apakah perbezaan di antara Pusat Alumni UPM (ACUPM) dan Persatuan Alumni UPM (PAUPM)?  

ACUPM adalah entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA), UPM yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan alumni. Semua graduan UPM sama ada tempatan mahupun antarabangsa adalah secara automatik bergelar alumni. ACUPM juga memainkan peranan penting dalam mempromosi dan melonjakkan reputasi dan imej baik universiti kepada para alumni UPM dan pemegang taruhnya. Manakala, PAUPM adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul semua alumni UPM yang berminat untuk bergiat aktif dengan persatuan. Alumni yang berminat untuk menjadi ahli PAUPM perlu berdaftar dengan persatuan yang mana pendaftaran adalah untuk seumur hidup dan hanya terbuka kepada alumni UPM tempatan sahaja.


Sumbangan Alumni
6
Apakah sumbangan yang dapat saya berikan kepada ACUPM dan Alma Mater?

ACUPM sangat berbesar hati menerima penyertaan dari semua graduan UPM yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing untuk memberikan sumbangan dalam membangunkan Alma mater. Antara sumbangan yang boleh diberikan oleh para alumni adalah seperti idea, tenaga, kreativiti dan juga kewangan. Alumni juga digalakkan untuk terlibat dengan semua aktiviti yang dianjurkan oleh ACUPM sebagai salah satu bentuk sumbangan dan sokongan kepada kami. Dengan ini, secara tidak langsung alumni dapat menyumbang dalam pembangunan ACUPM dan juga universiti secara khususnya dan masyarakat secara amnya.

7
Adakah  Pusat Alumni  UPM mengeluarkan biasiswa kepada pelajar?  

Pusat Alumni UPM merupakan sekretariat kepada Biasiswa Pak Rashid dan Biasiswa Soh Kim Mee


Chapter/SIGs
8
Bagaimana kami mahu tubuhkan chapter atau kumpulan kecil alumni UPM?

Pusat Alumni UPM mengalu-alukan kepada kumpulan kecil dari kolej, fakulti atau jabatan untuk menubuhkan chapter atau kumpulan alumni untuk didaftarkan bawah pemantauan Pusat Alumni UPM bagi melancarkan program-program diatur. Pihak alumni akan membantu dari segi perancangan reunion dan cenderamata kepada alumni yang akan hadir.  


Pengesanan Alumni
9
Sebagai alumni UPM, bagaimana untuk kemaskini data?

Buat masa ini alumni boleh mengemaskini maklumat mereka secara manual di atas borang pengesanan alumni kerana sistem pangkalan data alumni dalam proses penambahbaikan dan penyelenggaraan ke suatu sistem yang lebih mantap.

Kemaskini:: 05/06/2017 [hafzaini]

Pusat Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
B1566223280