| Pusat Alumni

Sebagai pemegang taruh, alumni membantu dalam menjalinkan hubungan bersama pemegang taruh yang lain seperti industri, rakan universiti, organisasi tempatan dan antarabangsa. Kesemua pemegang taruh ini mesti mempunyai minat untuk berkolaborasi dengan UPM untuk tujuan akademik, penyelidikan dan pengkomersilan sejajar dengan Pelan Strategik UPM. Justeru, Pusat Alumni selaku sekretariat bagi Yayasan Pak Rashid (YPR) mengurus dan menyelaras biasiswa pelajar dan turut menganugerahi pingat emas dan hadiah iaitu “Pingat Emas Yayasan Pak Rashid” kepada pelajar cemerlang. YPR turut menyediakan pinjaman kewangan kepada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan jangka pendek bagi membiayai kos pengajian mereka. Pusat Alumni juga turut mengurus dan menyelaras Biasiswa Soh Kim Mee khususnya kepada pelajar Diploma dan Bacelor dalam bidang Pertanian.

Pusat Alumni mempunyai 16 orang staf merangkumi Pengurusan & Profesional dan Pelaksana. Kami sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam melestarikan hubungan jalinan alumni-Alma mater ke arah kecemerlangan UPM.

Pusat Alumni telah menerima kerja lapangan daripada Pejabat Alumni, Institut Pengajian Tinggi Malaysia dan Luar Negara saban tahun. Kira-kira 2-3 lawatan kerja diterima setiap tahun antaranya daripada Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia, Pejabat Perhubungan Alumni Universiti Teknologi Mara, Institut Pertanian Bogor, Indonesia dan banyak lagi.

 

B1566101958