TAKLIMAT RINGKAS BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU) | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » TAKLIMAT RINGKAS BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU)

TAKLIMAT RINGKAS BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU)

Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin

Disunting oleh: Puan Suziana Che Wil

SERDANG, 15 April 2026 —Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah mengadakan satu sesi taklimat khas bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari, bagi membincangkan hala tuju pengurusan alumni serta memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan komuniti alumni.

Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar bersama Presiden Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM), Encik Mohd Norashedy Ab. Rashid. Perbincangan memfokuskan kepada usaha memperkasa peranan alumni sebagai rakan strategik universiti melalui penglibatan dalam pembangunan pelajar, perkongsian kepakaran industri serta sokongan terhadap pelbagai inisiatif universiti.

Selain itu, sesi ini turut menjadi platform pertukaran pandangan dan idea secara dua hala antara pihak pengurusan universiti dan wakil alumni. Perbincangan yang berlangsung mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperluas jaringan kolaborasi yang lebih berimpak dan mampan demi manfaat universiti serta komuniti alumni secara keseluruhan.

ARCUPM turut merakamkan penghargaan kepada YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari atas pandangan dan sumbang saran yang diberikan dalam usaha memperkukuh keterlibatan alumni bersama alma mater. Diharapkan sesi seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan jaringan alumni yang lebih aktif, dinamik dan berdaya saing selaras dengan aspirasi kecemerlangan Universiti Putra Malaysia.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Wakil Alumni dalam Lembaga Pengarah Universiti, Encik Muhammad Sabrie Salleh; Timbalan Pengarah ARCUPM, Dr. Muhammad Mu’az Mahmud; Timbalan Presiden PAUPM, Encik Shahruddin Mahadi; Datuk Sylvester Entri Muran selaku Ahli Jawatankuasa PAUPM; warga ARCUPM; serta barisan Exco PAUPM.

Tarikh Input: 16/04/2026 | Kemaskini: 11/05/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (03:15:38am-03:20:38am, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]