SIRIH PULANG KE GAGANG @ HOMECOMING XIII | Pusat Perhubungan Alumni alumni

» SIRIH PULANG KE GAGANG @ HOMECOMING XIII

SIRIH PULANG KE GAGANG @ HOMECOMING XIII

 

Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang @Homecoming XIII Tahun 2026 merupakan salah satu acara rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan universiti. Majlis ini dianjurkan sebagai platform untuk menghimpunkan kembali para alumni ke kampus, sekali gus menyemai dan memperkukuh semangat kecintaan terhadap alma mater.

Pertemuan alumni melalui majlis ini juga diharap dapat merealisasikan Aspirasi Naib Canselor 2026 yang ke-13, iaitu “Melibat Sama Alumni untuk Kelangsungan Universiti”, dalam usaha memacu kecemerlangan institusi sebagai sebuah Menara Ilmu.

Penyertaan adalah terbuka kepada alumni UPM, rakan universiti, badan korporat, pemegang taruh serta individu yang berminat untuk menyumbang dan menghadiri majlis ini.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari pautan berikut:
https://linktr.ee/jalinanalumni

 

 

 

 

 

 

 

 

X, (01:42:20am-01:47:20am, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]