FRATERNITY CAMP (CSA) - BAHAGIAN 2 | Alumni Relations Centre
» NEWS » FRATERNITY CAMP (CSA) - BAHAGIAN 2

FRATERNITY CAMP (CSA) - BAHAGIAN 2

Oleh: Shahirah Alia Azahar

 

SERDANG - Fraternity Camp diteruskan pada 28 Oktober 2023. Selesai pengurusan diri, peserta ke dewan dan membuat persiapan solat subuh berjemaah dan senamrobik. Peserta disediakan sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti dalam hutan.

Peserta diberikan taklimat sebelum pergerakan masuk ke Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) untuk aktiviti kembara. Taklimat diberikan oleh Renjer Fazrul Azree Mohd Arif dan Renjer Siti Zurina Zakaria yang akan menjadi pemandu arah untuk masuk ke dalam HSAH. Taklimat diberikan untuk memberi peringatan kepada peserta agar menjaga tingkah laku apabila berada di dalam hutan dan mengelakkan daripada merosakkan flora dan fauna hutan. Ini kerana Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) ini adalah hutan yang dijaga dan tempat penyelidikan. 

Peserta diberi penerangan tentang jenis-jenis flora dan fauna yang ada dalam hutan sepanjang perjalanan masuk ke HSAH oleh Renjer. Pelbagai jenis pokok dan keunikkan yang dapat dilihat dan dipelajari oleh peserta. Peserta turut dibawa ke kolam sederhana dalam iaitu Blue Lagoon. Hanya sesi bergambar dibenarkan di kawasan tersebut kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan mandi tanpa pemantauan oleh pegawai terlatih.

Selepas sesi bergambar di Blue Lagoon, peserta dibawa ke Jalan Putus iaitu Kolam Kelawar untuk mandi dan bergambar di sana. Peserta dibenarkan mandi kerana air lebih cetek dan kurang membahayakan. Selesai aktiviti kembara hutan, peserta balik ke based camp untuk pentadbiran diri, makan tengahari dan solat zuhur. Peserta diberi kebebasan pengurusan masa sendiri kerana mereka perlu membuat persiapan untuk malam kebudayaan bersama ahli kumpulan masing-masing.

Peserta yang bertugas di dapur pada hari tersebut ke based camp lebih awal untuk persiapan Barbeque pada malam tersebut. Peserta lain bersiap dan berkumpul pada jam 7 malam untuk solat maghrib serta isyak berjemaah. Malam Kebudayaan yang bertemakan klasik pada malam itu berjalan lancar dan pelbagai idea yang ditunjukkan oleh peserta. 

Pada 29 Oktober 2023, hari terakhir berada di SISFEC. Selesai pengurusan diri, peserta turun ke based camp dan bersiap untuk solat subuh berjemaah serta aktiviti senamrobik sebelum minum pagi. Selesai sahaja minum pagi, fasilitator dan peserta mengadakan aktiviti bersama bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta dan staf ARCUPM. 

Setelah selesai aktiviti, peserta kembali ke asrama masing-masing dan membuat persiapan diri serta berkemas untuk balik ke UPM. Kawasan based camp serta bilik asrama dibersihkan sebelum pulang ke UPM. Sebelum bersurai dan pulang ke UPM, fasilitator mengadakan Majlis Penutupan bagi Program Fraternity Camp 2023. Setiap kumpulan diberikan hadiah mengikut markah terkumpul dari aktiviti yang dianjurkan ketika program. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan. Peserta kembali ke UPM dengan menaiki bas khas UPM.

ARCUPM mengharapkan program ini dapat membina keyakinan diri peserta dan merapatkan lagi silaturahim antara peserta.

Date of Input: 31/10/2023 | Updated: 06/11/2023 | shahirahalia

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbVAU~