Tracing Alumni For Collaboration And Engagement (TRACE) @ Kota Kinabalu, Sabah 2024 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Tracing Alumni for Collaboration and Engagement (TRACE) @ Kota Kinabalu, Sabah 2024

Tracing Alumni for Collaboration and Engagement (TRACE) @ Kota Kinabalu, Sabah 2024

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 23-25 Mei - Sempena Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XII tahun 2024, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan program Tracing Alumni for Collaboration and Engagement (TRACE) TRACE@Kota Kinabalu, Sabah di beberapa jabatan perkhidmatan kerajaan negeri Sabah.

ARCUPM telah mengesan dan menjejaki 40 orang Alumni UPM yang berkhidmat di Jabatan Perikanan Negeri Sabah, Taman-taman Sabah, Jabatan Veterinar Negeri Sabah dan Jabatan Pertanian Negeri Sabah. Ke semua data alumni ini akan dikemaskini ke dalam Sistem Maklumat Alumni (AIS). Data-data ini adalah sulit dan tidak akan didedahkan kepada pihak lain dan ianya hanya untuk kegunaan hebahan setiap program dan aktiviti alumni dan UPM. 

 

ARCUPM sedang giat melakukan program TRACE setiap jabatan kerajaan mahupun swasta dalam menjejaki alumni UPM. Kerjasama yang diberikan oleh setiap jabatan dan alumni amat dihargai. 

ARCUPM merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Alumni UPM yang telah meluangkan masa hadir ke perjumpaan pada sesi kali ini. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan Alumni UPM bersama UPM dan memanfaatkan semua warga.

Tarikh Input: 28/05/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (08:10:30pm-08:15:30pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]