PROGRAM KOMPETENSI DAN PENGURUSAN STRATEGIK ALUMNI (KOMPAS): MENEROKA STRATEGI BAHARU PENGURUSAN ALUMNI | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » PROGRAM KOMPETENSI DAN PENGURUSAN STRATEGIK ALUMNI (KOMPAS): MENEROKA STRATEGI BAHARU PENGURUSAN ALUMNI

PROGRAM KOMPETENSI DAN PENGURUSAN STRATEGIK ALUMNI (KOMPAS): MENEROKA STRATEGI BAHARU PENGURUSAN ALUMNI

BANDAR BARU ENSTEK, 14 Ogos 2026 – Program Kompetensi dan Pengurusan Strategik Alumni (KOMPAS) sedang berlangsung menerusi Bengkel Pembentangan Modul Kompetensi dan Pengurusan Strategik Alumni (KOMPAS) yang diadakan selama tiga hari sehingga 16 Ogos 2026. Program ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), serta Profesor Madya Dr. Hazli Rafis bin Abdul Rahim, Pengarah Pusat Alumni UTeM.

Sesi pembukaan tersebut menekankan kepentingan memperkukuh jaringan alumni sebagai salah satu aset strategik universiti. Pengurusan alumni yang tersusun dan berimpak dilihat mampu menyumbang kepada pembangunan institusi, pelajar serta komuniti alumni secara berterusan.

Sesi pembentangan kemudiannya diteruskan dengan Slot 1: “Meneroka Strategi Baharu Pengurusan Alumni” yang disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam perkongsian tersebut, beliau membincangkan pendekatan dan strategi baharu dalam pengurusan alumni yang lebih dinamik, sistematik dan berteraskan data. Antara perkara yang diberi penekanan ialah pembangunan pangkalan data alumni yang komprehensif, pengukuhan penglibatan alumni melalui platform digital serta pembentukan kolaborasi strategik yang dapat memberikan manfaat kepada alumni, pelajar dan universiti.

Perkongsian ini memberikan panduan serta perspektif baharu kepada para peserta dalam memperkasakan pengurusan alumni agar lebih efektif, relevan dan mampan seiring dengan perubahan landskap pendidikan tinggi dan keperluan semasa.

Bengkel KOMPAS ini diharapkan dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkukuh kompetensi pengurusan alumni serta meneroka strategi baharu yang mampu meningkatkan impak jaringan alumni di institusi masing-masing.

Tarikh Input: 17/08/2026 | Kemaskini: 17/08/2026 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (06:12:29pm-06:17:29pm, 21 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]