MAJLIS APRESIASI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI 2026 | Pusat Perhubungan Alumni 127
» BERITA » MAJLIS APRESIASI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI 2026

MAJLIS APRESIASI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI 2026

SERDANG, 14 Ogos 2026 – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pelajar Latihan Industri 2026 sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar latihan industri yang telah menamatkan tempoh penempatan mereka di ARCUPM dari 2 Mac 2026 hingga 14 Ogos 2026.

Majlis ini diadakan bagi menghargai komitmen, dedikasi dan sumbangan para pelajar sepanjang menjalani latihan industri. Sepanjang tempoh penempatan, mereka telah memberikan kerjasama yang baik serta terlibat dalam pelbagai tugasan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh ARCUPM.

Empat orang pelajar latihan industri yang diraikan ialah Cik Husna Shafiyah, Cik Azzathul Huda, Cik Nur Alya Syakirah dan Cik Nabilah.

Penglibatan para pelajar bukan sahaja membantu menyokong pelaksanaan tugasan harian dan aktiviti ARCUPM, malah memberikan mereka peluang untuk memperoleh pengalaman sebenar dalam persekitaran kerja, membina kemahiran profesional serta meningkatkan keyakinan diri.

ARCUPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelajar atas komitmen, kesungguhan dan semangat yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh latihan industri.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang berada di ARCUPM menjadi bekalan berharga dalam membina kerjaya serta mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar latihan industri. Teruskan melangkah dengan yakin dan cemerlang.

Tarikh Input: 17/08/2026 | Kemaskini: 17/08/2026 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (07:02:44pm-07:07:44pm, 18 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]