TEMU MESRA ALUMNI UPM MERIAHKAN PENUTUP PROGRAM INSPIRASI VAR | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TEMU MESRA ALUMNI UPM MERIAHKAN PENUTUP PROGRAM INSPIRASI VAR

TEMU MESRA ALUMNI UPM MERIAHKAN PENUTUP PROGRAM INSPIRASI VAR

Oleh:  Anis Hannani Mohd Fuad Mahadi

Disunting oleh:  Suziana Che Wil




Serdang, 13 Ogos - Sebagai penutup tirai kepada Program Inspirasi Varsiti UPM 2025, Majlis Temu Mesra Alumni telah diadakan dengan suasana penuh mesra dan bermakna. Bertempat di kampus UPM, majlis ini menghimpunkan alumni dari pelbagai latar belakang dan tahun graduasi untuk berkongsi pengalaman, idea serta aspirasi bersama pihak Pusat Perhubungan Alumni UPM dan Pengarahnya, Encik Fahmi Azar Mistar.

 



Dalam suasana santai namun sarat makna, sesi ini membuka ruang kepada alumni untuk memberikan pandangan dan cadangan yang membina dalam memperkasakan peranan alumni terhadap pembangunan pelajar dan universiti. Beberapa idea yang dilontarkan turut membuka potensi kerjasama masa depan antara alumni dan pihak universiti, khususnya dalam program mentor-mentee, pembangunan kerjaya pelajar, serta inisiatif kebajikan alumni.

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua alumni yang hadir dan terus menyokong usaha memperkukuhkan jaringan alumni. Antara alumni yang hadir termasuklah:

  • Wan Mohd Amin Wan Hassan – Alumni UPM 2001 (Pendidikan Bimbingan & Kaunseling), Kolej KTDI
  • Nor Bayti Abu Hassan – Alumni UPMKB 2007 (Diploma Pertanian) & Alumni UPM 2012 (Pendidikan Sains Pertanian), Kolej Canselor
  • Nur Adibah Abdul Habib – Alumni UPM 2014 (Pendidikan Bimbingan & Kaunseling), Kolej K2
  • Suriani Mansor – Alumni UPM 2002 (Pendidikan Bimbingan & Kaunseling), Kolej Pendeta Za'ba
  • Harfanizah – Alumni UPM 1999 (Pendidikan Bimbingan & Kaunseling)

Semoga hubungan silaturahim yang terjalin dalam majlis ini menjadi asas kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara alumni dan universiti tercinta.

Tarikh Input: 08/12/2025 | Kemaskini: 08/12/2025 | anishannani

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (08:32:34am-08:37:34am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]