Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 2 Julai - Pusat Perhubungan Alumni UPM telah melaksanakan temu mesra alumni bersama Rocksolid Technology Solutions Sdn. Bhd. pada 2 Julai 2024. Pertemuan ini telah melibatkan rakan kongsi perniagaan Rocksolid Technology Solutions Sdn. Bhd. yang terdiri daripada alumni UPM iaitu Encik Nik Hafizuddin Nik Ibrahim (Alumni UPM Kelas 2006), Encik Nurul Azman Abdul Kadir (Alumni UPM Kelas 2005 & 2014) dan Cik Wan Nurul Izza Wan Darman (Alumni UPM Kelas 2006). Objektif utama temu mesra alumni ini diadakan adalah bertujuan untuk mengemaskini maklumat terkini alumni, menawarkan inisiatif strategik memperkasakan libat urus alumni dan mempromosikan Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XII Tahun 2024.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 05/07/2024 | Kemaskini: 12/09/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor