Temu Mesra Alumni Bersama Dato' Nurulhidayah Ahmad Zahid | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Temu Mesra Alumni Bersama Dato' Nurulhidayah Ahmad Zahid

Temu Mesra Alumni Bersama Dato' Nurulhidayah Ahmad Zahid

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 4 SeptemberPusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menerima kunjungan daripada YBrs. Dato' Nurulhidayah Ahmad Zahid (Alumni kelas 2002) pada petang yang cukup bermakna bagi seluruh warga ARCUPM. 

Kedatangan beliau disambut mesra oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad, Pengarah ARCUPM. Turut hadir sama YBrs. Dr. Mokrish Ajat, Timbalan Pengarah ARCUPM, pegawai dan staf ARCUPM. 

 

Pertemuan ini menyaksikan pelbagai idea dan pandangan dilontar dalam usaha untuk menambahbaik penglibatan alumni ke alma mater yang khususnya akan memberi banyak manfaat kepada para pelajar UPM. 

ARCUPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato' Nurulhidayah atas kesudian beliau meluangkan masa untuk bersama-sama warga ARCUPM. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus kekal demi menjayakan visi dan misi universiti ke arah menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:0:39:43~noCache