TAD @Johor Berjaya Menjejaki 168 Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TAD @Johor berjaya menjejaki 168 alumni

TAD @Johor berjaya menjejaki 168 alumni

2-6 Feb 2020, Johor - Dalam usaha memantapkan dan memperluaskan jaringan alumni UPM, Pusat Alumni UPM (ACUPM) sentiasa komited dalam merencana dan melaksanakan pelbagai program yang melibatkan alumni bagi mengekalkan jalinan hubungan sepanjang hayat yang konsisten di antara alumni dan alma mater.

  

Program Tracing Alumni @District Johor (TAD @Johor) merupakan siri kedua TAD pada tahun 2020. Program ini menumpukan kepada beberapa buah agensi di bawah negeri tersebut bertujuan menjejaki para alumni secara kelompok kecil dengan lebih dekat melalui beberapa agensi yang ditetapkan agar perhubungan alumni di setiap agensi terus diperkasakan dan secara tidak langsung dapat membawa alumni kembali menyumbang kepada alma mater.

  

TAD @Johor selama 5 hari 4 malam yang meliputi 17 agensi iaitu Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Kolej Vokasional ERT Azizah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Medini, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jabatan Perpaduan Negara Negeri Johor, Yayasan Sultan Ibrahim, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Universiti Teknologi Malaysia, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Kolej Vokasional Tanjung Piai, Pejabat Pertanian Daerah Pontian, Jabatan Perhilitan Negeri Johor, Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru, Orchard Golf dan Johor Port Berhad.

Bukan itu sahaja, pihak Pusat Alumni juga tidak melepaskan peluang dengan menjejaki alumni perseorangan iaitu Puan Yatimah Mahali, alumni kelas 2002 yang merupakan pengusaha Yatimah Gemilang Enterprise.

TAD @Johor berjaya menjejaki 168 alumni dan pelbagai prospek jalinan kolaborasi dipersetujui dalam usaha mempereratkan hubungan alumni untuk menyumbang kembali idea, pengalaman, kepakaran mahupun kewangan kepada alma mater. Pada masa yang sama, program ini juga disasarkan sebagai salah satu landasan terbaik kepada para alumni untuk memberi sumbangan kewangan kepada dana pendidikan pelajar UPM melalui Tabung 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR) yang dibawa sepanjang program berlangusung.

Tarikh Input: 12/02/2020 | Kemaskini: 12/02/2020 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdAAL~