Sumbangan Al-Quran Sempena Program Musaadah Ramadan 4.0 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sumbangan Al-Quran sempena Program Musaadah Ramadan 4.0

Sumbangan Al-Quran sempena Program Musaadah Ramadan 4.0

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil 

SERDANG, 21 Mac - Yayasan Ade Azhar dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan serahan sumbangan Al-Quran bersempena Program Musaadah Ramadan 4.0. Pihak Yayasan Ade Azhar telah menyerahkan sebanyak 660 naskah AL-Quran baharu untuk diedarkan ke sekitar sekolah Serdang. Penyerahan sumbangan naskah Al-Quran untuk Fasa 1 telah dilaksanakan pada 14 Mac 2024 (Khamis) dan serahan Fasa 2 dilaksanakan pada 21 Mac 2024 (Khamis).

Penyerahan Fasa 1 telah disempurnakan di tiga (3) buah sekolah terlibat iaitu SRI ABIM Al-Furqan, Sekolah Kebangsaan Seri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah.

Majlis ringkas penyerahan 230 naskah Al-Quran di SRI ABIM Al-Furqan telah diadakan, dimana majlis ini turut dihadiri oleh Encik Muhammad Nur Fahmi  Bin Mohd Aris (wakil Yayasan Ade Azhar), Encik Muhammad Norfarhan Norzaini (wakil ARCUPM) dan diserahkan kepada Ustaz Alias bin Hj. M Sharuddin (Guru Besar, SRI Abim Al-Furqaan). Penyerahan sumbangan diteruskan ke Sekolah Kebangsaan Seri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah sebanyak 50 naskah setiap sekolah.

Manakala untuk Fasa 2, serahan naskah al-Quran telah diberikan kepada empat (4) buah sekolah iaitu SRITI Serdang Jaya, Sekolah Rendah Agama Madrasah Manbaul Ulum, KAFAI Madrasah Al-Islamiyah, MKPS dan Sekolah Kebangsaan Serdang.

Turut serta turun padang untuk meraikan Majlis Serahan Al-Quran di SK Serdang kepada Puan Suhada binti Abdul Wahab (Penolong Kanan Kokurikulum SK Serdang), YBrs. Encik Fahmi Azar Mistar (Timbalan Pengarah ARCUPM).

ARCUPM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang serta penginfak. Semoga ukhuwah dan silaturahim ini akan kekal terjalin pada masa akan datang.

Tarikh Input: 22/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbSA1~