SESI TEMUDUGA BIASISWA ALUMNI RJH 2025 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SESI TEMUDUGA BIASISWA ALUMNI RJH 2025

SESI TEMUDUGA BIASISWA ALUMNI RJH 2025

Serdang, 27 Mei 2025, Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) telah berjaya melaksanakan sesi temuduga bagi calon Biasiswa Alumni RJH dengan jayanya. Program ini merupakan salah satu inisiatif murni yang bertujuan menyokong kebajikan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi penyediaan bantuan kewangan dan biasiswa pendidikan.

Sesi ini dilihat sebagai platform penting yang bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan pelajar, tetapi juga berperanan sebagai pemangkin semangat untuk mereka terus cemerlang dalam bidang akademik serta kehidupan seharian. Pusat Perhubungan Alumni ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen tinggi sepanjang proses temuduga berlangsung.

Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada barisan panel penemuduga yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam proses pemilihan calon. Panel tersebut terdiri daripada Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni; Puan Nur Atifah Mohd Ariffin dan Puan Rahmah Amy Norzura Abd Rahman daripada pihak RJH; Puan Basek Intan Zafina Basok dari Bahagian Urus Tadbir Akademik; Puan Mazitah Ahmad dari Bahagian Kewangan Pelajar dan Pengurusan Hasil; serta Puan Noraihan Noordin dari Hal Ehwal Pelajar UPM.

ARCUPM amat menghargai semua usaha dan sokongan yang telah diberikan. Semoga inisiatif ini dapat terus diperluas dan menjadi jambatan kepada pembangunan potensi pelajar serta masa depan yang lebih gemilang buat warga UPM.

Tarikh Input: 30/05/2025 | Kemaskini: 30/05/2025 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (02:15:45pm-02:20:45pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]