PENILAIAN PERINGKAT KEDUA EKSA ARCUPM BERJALAN LANCAR, PERKUKUH BUDAYA KERJA BERKUALITI | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » PENILAIAN PERINGKAT KEDUA EKSA ARCUPM BERJALAN LANCAR, PERKUKUH BUDAYA KERJA BERKUALITI

PENILAIAN PERINGKAT KEDUA EKSA ARCUPM BERJALAN LANCAR, PERKUKUH BUDAYA KERJA BERKUALITI

Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin

Disunting oleh: Suziana binti Che Wil

SERDANG, 24 Julai – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah berjaya melaksanakan Penilaian Peringkat Kedua Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (EKSA) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2025/2026 pada 24 Julai 2026.

Pelaksanaan penilaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ARCUPM dalam memperkukuh amalan EKSA ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik, kemas dan berkualiti, sekali gus menyokong budaya kerja cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan.

Penilaian telah dikendalikan oleh Puan Zaidina Mohd Daud dari Fakulti Sains dan Encik Fahrul Asmady Yunus dari Pusat Strategi Perhubungan Korporat. Pihak ARCUPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua penilai atas kesudian meluangkan masa serta memberikan penilaian, pandangan dan cadangan penambahbaikan yang membina demi meningkatkan lagi kualiti pengurusan persekitaran kerja di pusat ini.

Sesi penilaian turut dihadiri oleh Encik Fahmi Azar Mistar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, dan Dr. Muhammad Mu'az Mahmud, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, bersama seluruh warga ARCUPM yang sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan amalan EKSA dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.

Komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh warga ARCUPM mencerminkan kesungguhan pusat ini dalam membudayakan amalan kerja berkualiti serta memperkasakan pengurusan organisasi yang lebih efisien dan kondusif. Penilaian ini bukan sahaja menjadi medium penambahbaikan berterusan, malah menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada warga universiti dan komuniti alumni UPM.

Tarikh Input: 27/07/2026 | Kemaskini: 27/07/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (01:45:12am-01:50:12am, 13 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]