Sesi Temu Mesra Bersama Pengarah Perikanan Negeri Pahang | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Temu Mesra Bersama Pengarah Perikanan Negeri Pahang

Sesi Temu Mesra Bersama Pengarah Perikanan Negeri Pahang

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG – Sesi temu mesra bersama Pengarah Perikanan Negeri Pahang telah diadakan di pejabat Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar.

Encik Abdullah Jaafar merupakan Alumni UPM Kelas 1992 dari Fakulti Perikanan dan Sains Samudera yang khidmat di Pejabat Perikanan Pahang. Sesi temu mesra yang banyak berkisar mengenai bidang tugas dan kejayaan beliau di Jabatan Perikana Pahang bakal dikisahkan ke dalam buku Coffee Table Book ’50 Jewels’ of UPM yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Kejayaan beliau ini pastinya akan memberikan suntikan semangat kepada para pelajar UPM hari ini untuk turut sama-sama mencapai kejayaan apabila bergraduat kelak. Dengan perkongsian daripada alumni UPM itu sendiri, pastinya misi dan visi UPM dalam melahirkan pelajar sebagai sosok warganegara yang baik akan terus tercapai.

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Abdullah Jaafar atas perkongsian dan sudi laungkan masa untuk ditemubual.

Tarikh Input: 29/04/2022 | Kemaskini: 16/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdRA4~