Sesi Penjurian Read@uni Laman Al-Falah, ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Penjurian read@uni Laman al-Falah, ARCUPM

Sesi Penjurian read@uni Laman al-Falah, ARCUPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Sesi penjurian read@uni Laman al-Falah, Pusat Perhubungan Alumni UPM telah pun berlangsung. Dua orang juri dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Cik Nazibah Kamaruddin dan Encik Khairul Anwar Zulkifli telah hadir pada sesi penjurian yang berlangsung pada 15 September 2022. 

read@Uni Laman al-Falah ARCUPM telah banyak mengalami perubahan terutamanya dari sudut lokasinya. Jika dahulu read@uni Laman al-Falah ARCUPM ditempatkan di satu sudut kecil dalam bilik mesyuarat kini, telah dipindahkan ke bahagian lebih terbuka di depan pintu masuk utama pejabat ARCUPM. 

Ini adalah sejajar dengan matlamat read@uni Laman al-Falah ini iaitu mahu menjadi satu tempat ataupun sudut yang akan memberi kemudahan kepada semua pengunjung bukan sahaja kepada staf ARCUPm tetapi juga kepada warga kampus yang lain terutamanya pelajar. 

 

Berkata pada majlis pelancaran read@uni Laman al-Falah tempohari, Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud, beliau mahukan sudut ini memberi manfaat kepada mereka yang lain terutama pelajar. kemudaha Free Little LIbrary dan juga laptop untuk akses kepada internet juga disediakan. 

Kata beliau, apa yang dihasratkan oleh YH. Dato' Naib Canselor UPM, iaitu 'Sederap Melangkah Menuju al-Falah' perlu disemarakkan dengan penhayatan yang lebih mendalam iaitu dengan cintakan pada ilmu. 

Sejajar dengan itu, demi menghidupkan read@uni Laman al-Falah ARCUPM, setiap minggu akan ada perkongsian daripada staf ARCUPM di sudut berkenaan. Ini adalah salah satu cara yang dilakukan dalam menyebarkan ilmu dan menghidupkan hati-hati yang perlu teruskan cintakan pada ilmu.

ARCUPM mengucapkan setinggit-tinggi terima kasih kepada juri yang telah hadrir dan memberikan komen yang positif untuk memberi semangat agar sudut ini terus digunakan pada perkara yang memberi manfaat. 

 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 11/04/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUKAe~