
Serdang, 7 Disember - Majlis Reunion Diploma Pertanian 1978 pada 7 Disember 2024 di Astaka Putra, UPM, dengan kehadiran seramai 30 alumni dan keluarga. Acara ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Raihan Sharif, Presiden Persatuan Alumni, dan Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Perhubungan Alumni UPM.

Program meliputi ucapan, tahlil ringkas, sesi silaturahim, lawatan ke Farm Fresh@UPM, dan diakhiri dengan sesi fotografi serta jamuan minum petang. Reunion ini menjadi simbol perayaan persahabatan dan kenangan yang terjalin lebih empat dekad. Semoga ukhuwah yang dibina terus kukuh dan berkekalan.
Tarikh Input: 30/12/2024 | Kemaskini: 30/12/2024 | anishannani

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor