Proses Pengumpulan Data Bagi Penerbitan Sejarah Lisan Pak Rashid | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Proses Pengumpulan Data Bagi Penerbitan Sejarah Lisan Pak Rashid

Proses Pengumpulan Data Bagi Penerbitan Sejarah Lisan Pak Rashid

Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid

Disunting oleh: Suziana Che Wil

Serdang, 3 November – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah berpeluang menemubual Dr. Mohd Khalid Mohd Nor, Alumni UPM Tahun 1966, yang juga merupakan salah seorang anak didik kepada Allahyarham Pak Rashid, tokoh pendidik yang disegani dalam sejarah universiti ini.

Dalam sesi temu bual tersebut, Dr. Mohd Khalid menegaskan bahawa disiplin merupakan kunci utama kejayaan seseorang. Menurut beliau, ketika menuntut di Kolej Pertanian Malaya (KPM), Allahyarham Pak Rashid bukan sekadar menumpukan perhatian terhadap aspek akademik semata-mata, tetapi turut memberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah, etika, dan keperibadian pelajar dalam menghadapi pelbagai situasi kehidupan.

Beliau turut menambah bahawa pendekatan pendidikan yang diterapkan oleh Pak Rashid di luar bilik kuliah telah berjaya melahirkan ramai anak didik yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang kerjaya, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memartabatkan bangsa Melayu melalui ilmu dan kepimpinan.

Kesimpulannya, nilai disiplin, ketegasan, dan keperibadian yang diterapkan oleh Allahyarham Pak Rashid terus menjadi panduan dan inspirasi kepada generasi seterusnya, selaras dengan semangat Berilmu Berbakti yang menjadi tunjang Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 07/11/2025 | Kemaskini: 07/11/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (10:35:37pm-10:40:37pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]