Proses Pengumpulan Data Bagi Penerbitan Sejarah Lisan Pak Rashid | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Proses Pengumpulan Data Bagi Penerbitan Sejarah Lisan Pak Rashid

Proses Pengumpulan Data Bagi Penerbitan Sejarah Lisan Pak Rashid

Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid

Disunting oleh: Suziana Che Wil

Lancang, Pahang, 15 Oktober - Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) berpeluang bertemu dengan salah seorang anak didik kepada Allahyarham Pak Rashid, iaitu Tuan Haji Sidek Din, alumni UPM tahun 1968.

Pertemuan yang berlangsung di Masjid Kuala Kaung, Lancang, Pahang ini diadakan bagi merakam kisah dan pengalaman beliau dalam program Jejak Sejarah Lisan Pak Rashid anjuran ARCUPM.

Tuan Haji Sidek Din merupakan individu yang teguh berpegang pada prinsip yang pernah ditekankan oleh Allahyarham Pak Rashid, iaitu “jika ingin melakukan sesuatu perkara, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh dan jangan sekali-kali berputus asa sehingga kejayaan itu tercapai.”

Semangat dan keteguhan prinsip tersebut jelas terpancar dalam perjalanan hidup beliau, menjadikan Tuan Haji Sidek antara contoh terbaik legasi didikan Allahyarham Pak Rashid yang kekal menjadi inspirasi kepada warga UPM hingga kini.

Sebagai penutup, sesi temu bual ini bukan sahaja memperkukuh usaha mendokumentasikan sejarah lisan tokoh pendidikan UPM, tetapi juga mengingatkan warga universiti tentang nilai keikhlasan, ketekunan dan semangat perjuangan yang diwariskan oleh generasi terdahulu.

Tarikh Input: 27/10/2025 | Kemaskini: 27/10/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (10:13:39am-10:18:39am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]