Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin
Disunting oleh: Suziana binti Che Wil
SERDANG, 4 MEI 2026 – Program Jejak Warisan Putra bagi staf lantikan baharu Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini dengan penyertaan seramai 25 orang staf pelaksana yang diketuai oleh Encik Hisyamuddin Hashim. Program tersebut dianjurkan sebagai usaha memperkenalkan sejarah, identiti serta nilai warisan universiti kepada warga kerja baharu UPM.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian berkaitan sejarah penubuhan universiti, perkembangan institusi serta elemen warisan yang menjadi kebanggaan warga UPM. Program ini turut diserikan dengan sesi perkongsian penuh bermakna oleh Pegawai Eksekutif Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Aiman Fikri Mohd Aris Fadzilah, yang mengupas secara mendalam mengenai sejarah dan nilai warisan universiti.

Beliau turut berkongsi kisah di sebalik pembinaan Menara Putra Warisan Budi yang menjadi simbol jati diri, kecemerlangan serta legasi Universiti Putra Malaysia. Perkongsian tersebut memberi pendedahan baharu kepada peserta mengenai kepentingan memelihara identiti dan warisan universiti sebagai lambang kebersamaan warga kampus.
Program Jejak Warisan Putra dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam membentuk rasa bangga dan semangat kekitaan dalam kalangan staf lantikan baharu. Selain meningkatkan kefahaman mengenai sejarah dan budaya universiti, program ini juga diharap dapat memupuk penghargaan terhadap warisan UPM agar terus difahami, dihargai dan diwarisi oleh seluruh warga universiti pada masa hadapan.

Tarikh Input: 08/05/2026 | Kemaskini: 08/05/2026 | suziana.wil

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor