Serdang, 1 Disember - Program Perasmian Kolam Ikan Kelab Akuakultur telah berjaya dianjurkan dengan jayanya bertempat di Ladang 10, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara industri dan institusi pendidikan tinggi, di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan pendedahan praktikal serta pengalaman secara langsung dalam bidang akuakultur.
Salah satu pencapaian penting program ini adalah kehadiran Green Panther Solution, sebuah industri luar yang memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini. Kehadiran mereka memberikan nilai tambah kepada program melalui perkongsian pengalaman dan sokongan teknikal yang sangat bermanfaat.
Program ini juga mendapat sokongan daripada alumni Fakulti Pertanian, UPM, yang turut hadir untuk menyemarakkan lagi suasana. Seramai lima orang alumni telah menghadiri acara ini, iaitu:
Selain daripada alumni, program ini turut melibatkan penyertaan seramai 50 orang pelajar, yang aktif memberikan komitmen dalam memastikan keberkesanan aktiviti sepanjang acara berlangsung.
Dengan penganjuran program seperti ini, UPM terus komited dalam menghubungkan institusi akademik dengan pihak industri dan alumni, demi mewujudkan jaringan yang kukuh dan menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dan akuakultur negara.
Tarikh Input: 30/12/2024 | Kemaskini: 30/12/2024 | anishannani
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor