Serdang, 10 Jun 2025, Sempena Konvensyen Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2025, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) telah merakamkan penghargaan kepada para alumni UPM yang kini aktif menyumbang dalam sektor agromakanan negara. Kehadiran mereka dalam persidangan ini bukan sahaja membuktikan komitmen tinggi terhadap usaha menjamin keselamatan makanan negara, malah mencerminkan sumbangan bermakna alumni UPM dalam sektor strategik ini.
Antara alumni yang hadir termasuklah Encik Rozaidi Sharee, alumni UPM Kampus Bintulu Sarawak Kelas 1986, yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Wilayah di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Turut hadir ialah Encik Mohd Hafizi Zakaria, alumni Kelas 2006, yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Unit Integriti di MADA; Puan Siti Noraini Ahmad, alumni Kelas 2012, yang bertugas sebagai Pegawai Pertanian di agensi yang sama; serta Encik Mohd Nizar Che Jamil, alumni Kelas 2015, yang turut berkhidmat sebagai Pegawai Pertanian di Ibu Pejabat MADA.

Pusat Perhubungan Alumni UPM amat berbangga dengan pencapaian dan dedikasi yang ditunjukkan oleh para alumni ini. Penyertaan aktif mereka dalam persidangan ini menjadi bukti nyata bahawa alumni UPM terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor keterjaminan makanan negara. Semoga penglibatan mereka ini menjadi inspirasi kepada mahasiswa serta alumni UPM yang lain untuk terus menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara.
Tarikh Input: 17/06/2025 | Kemaskini: 17/06/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor