Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 31 Ogos - Telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Bola Speak Alumni Pelajar India di Padang Kolej 10 Universiti Putra Malaysia (UPM).
Lebih kurang 40 alumni telah turut serta selaku pemain bagi pasukan Putra FC dan juga Senior FC yang mana perlawanan berlangsung dengan meriah. Perlawanan yang dimulakan pada jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 malam telah memberikan para alumni ini peluang untuk bertemu dan pastinya mengimbau kenangan lalu semasa pengajian di UPM.
Objektif utama penganjuran aktiviti ini adalah untuk mengukuhkan hubungan baik antara alumni bersama Pusat Perhubungan Alumni serta Persatuan Alumni UPM. Turut hadir Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, YBrs. Dr. Mokrish Ajat manakala Persatuan Alumni UPM, turut hadir yang diwakili oleh Presidennya, Dato’ Raihan Sharif.
Program dijalankan dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni dan Persatuan Alumni ini diharapkan ianya tidak berakhir di sini, malah harus diteruskan pada masa-masa akan datang. Hubungan baik alumni dan alma mater perlu diperkukuhkan lagi demi manfaat semua warga UPM khususnya para pelajar UPM.
Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada seluruh alumni UPM yang hadir pada hari ini. Semoga ukhuwah ini akan terus terjalin erat pada masa akan datang.
Tarikh Input: 04/09/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor