PERJUMPAAN RASMI UPM INTERNATIONAL ALUMNI CHAPTER (UPMIAC) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PERJUMPAAN RASMI UPM INTERNATIONAL ALUMNI CHAPTER (UPMIAC)

PERJUMPAAN RASMI UPM INTERNATIONAL ALUMNI CHAPTER (UPMIAC)

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 6 Jan – UPM International Alumni Chapter (UPMIAC) telah mengadakan satu perjumpaan rasmi bersama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bertempat di Bilim Menara Jam Warisan Budi, ARCUPM.

Perjumpaan yang dihadiri oleh Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, Presiden UPMIAC, Encik Muntasser Al Anbagi, staff ARCUPM dan juga rakan-rakan daripada UPMIAC, adalah bertujuan untuk membincangkan perancangan chapter ini untuk masa akan datang dan juga mendapatkan kelulusan dokumen yang dicadangkan sebelum ini.

Dalam pertemuan itu juga, Muntasser Al Anbagi turut mengambil peluang untuk membentangkan perancangan chapter UPMIAC untuk 2023 dalam usaha mengetangahkan dan menyerlahkan keterlihatan chapter ini dalam menyumbang kembali kepada Universiti. Antara dalam perancangan UPMIAC adalah untuk mengadakan Anugerah Emas Alumni Antarabangsa dan memohon kerjasama daripada ARCUPM dalam memastikan kelancaran program tersebut.

Muntasser mewakili seluruh ahli chapter UPMIAC menyatakan sokongan dan komitmen yang tinggi dalam setiap program yang akan diadakan oleh pihak Universiti dan juga ARCUPM, khususnya program-program yang berkaitan dengan alumni.

Selain itu UPMIAC juga berhasrat untuk menjalinjan hubungan bersama Pusat Tanggungjawab PTj lain dalam mengoptimum setiap potensi dan sumbangan alumni antaravang kepada alma mater, seperti  Pusat Antarabangsa UPM (i-Putra), Sekolah Pengajian Siswazah dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

ARCUPM selaku PTj yang sentiasa menjadi penghubung antara alumni dan Universiti dengan kerjasama Persatuan Alumni UPM sentiasa mengalu-alukan ‘kepulangan’ alumni UPM ke alma mater. Kepakaran mereka diperlukan untuk terus menjulang nama Universiti sama ada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.   

Tarikh Input: 09/01/2023 | Kemaskini: 10/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETOAr~