Penilaian Kendiri EKSA Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Penilaian Kendiri EKSA Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM)

Penilaian Kendiri EKSA Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM)

Oleh: Suhadatul Fatonah

 

SERDANG, 18 Januari – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah dikunjungi oleh Ts. Mohd Dinul Syahidi Sabardin dan Encik Wan Muhammad sebagai auditor EKSA untuk menilai kekemasan, kondusiviti dan keselamatan persekitaran kerja di ARCUPM.

 

Penilaian Kendiri EKSA kali ini merupakan penilaian saringan untuk memilih Pusat-Pusat Tanggungjawab (PTj) yang akan masuk ke penilaian akhir sebelum dipilih sebagai johan untuk EKSA antara PTj yang pernah dimenangi oleh ARCUPM pada tahun 2022.

 

Berikutan Audit Dalam EKSA yang telah dijalankan pada 4 Januari 2024 yang lalu, beberapa perubahan dan penambahbaikan telah dilakukan selaras dengan kriteria EKSA yang telah ditetapkan seperti meletakkan label pada setiap suis elektrik untuk tujuan keselamatan dan memastikan sudut informasi memaparkan maklumat terkini.

 

Markah yang diperolehi oleh ARCUPM daripada penilaian saringan ini menunjukkan prestasi yang baik. Mahupun begitu, masih terdapat beberapa penambahbaikkan dari segi kekemasan dan kebersihan yang perlu dilakukan sebelum penilaian seterusnya.

 

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai EKSA, telah diperkenalkan sebagai penjenamaan semula daripada Amalan 5S Sektor Awam. Dengan penambahbaikan elemen seperti kreativiti, inovasi dan persekitaran kondusif ini dapat meningkatkan mutu dan kualiti kerja sektor awam dalam mendepani cabaran pada masa hadapan. Antara objektif utama EKSA adalah untuk meningkatkan imej korporat dan mewujudkan budaya amalan hijau di tempat kerja.

Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 23/01/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEdCAW~