MESYUARAT PERBINCANGAN ENDOWMEN ALUMNI UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MESYUARAT PERBINCANGAN ENDOWMEN ALUMNI UPM

MESYUARAT PERBINCANGAN ENDOWMEN ALUMNI UPM

Serdang 23 April 2025, Sesi perbincangan penting mengenai pelaksanaan Endowmen Alumni UPM telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Menara Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni UPM. Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta perincian lanjut berkaitan strategi pelaksanaan inisiatif endowmen yang bakal memacu kesinambungan sokongan alumni kepada pembangunan universiti.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Abdul Muhaimin bin Zakaria, Ketua Bahagian Endowmen, Derma dan Sumbangan, Pejabat Naib Canselor UPM; Puan Nur Asriati binti Jasmi, Ketua Seksyen Kewangan Pengurusan Dana; serta Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM. Perbincangan ini membuka ruang kolaborasi lebih luas bagi memperkukuh sumbangan alumni dalam membentuk masa depan yang lebih gemilang untuk UPM.

Tarikh Input: 28/05/2025 | Kemaskini: 28/05/2025 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (06:03:47pm-06:08:47pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]