MAJLIS REUNION AGRIMA 40 TAHUN | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS REUNION AGRIMA 40 TAHUN

MAJLIS REUNION AGRIMA 40 TAHUN

Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin

Disunting oleh: Suziana binti Che Wil

SERDANG, 10 Mei 2026 — Majlis Reunion AGRIMA 40 Tahun telah berjaya berlangsung dalam suasana meriah dan penuh bermakna di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan menghimpunkan alumni Fakulti Pertanian bagi mengeratkan semula hubungan serta mengimbau kenangan sepanjang bergelar mahasiswa.

Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang itu menjadi platform istimewa buat alumni kohort 1983–1986 untuk kembali bertemu, berkongsi pengalaman serta memperkukuh ukhuwah yang telah terjalin sejak menamatkan pengajian pada tahun 1986. Pertemuan tersebut turut mencerminkan hubungan erat antara alumni dan alma mater yang terus kekal utuh sehingga kini.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi AGRIMA merangkap alumni Fakulti Pertanian tahun 1986, Encik Muhammad Hussain Abu Bakar, serta Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM), Dr. Muhammad Mu’az Mahmud. Kehadiran mereka menyerlahkan kepentingan hubungan alumni dalam memperkukuh komuniti universiti.

Sepanjang program berlangsung, para alumni berpeluang bertemu semula dengan rakan-rakan lama, bertukar cerita dan pengalaman serta mengimbau kembali memori ketika menuntut di UPM. Suasana penuh nostalgia tersebut bukan sahaja menghidupkan kembali kenangan indah, malah memperkukuh rasa kebersamaan dalam kalangan alumni AGRIMA.

Secara keseluruhannya, program ini menjadi simbol kekuatan dan kesinambungan hubungan alumni bersama UPM. Diharapkan semangat silaturahim dan sokongan yang terjalin melalui program seperti ini akan terus menjadi inspirasi kepada generasi alumni akan datang untuk terus menyumbang kepada universiti dan masyarakat.



Tarikh Input: 11/05/2026 | Kemaskini: 11/05/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (09:11:13am-09:16:13am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]