GOTONG-ROYONG EKSA SIRI 1/2026 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » GOTONG-ROYONG EKSA SIRI 1/2026

GOTONG-ROYONG EKSA SIRI 1/2026

Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin

Disunting oleh: Suziana binti Che Wil

SERDANG, 13 Mei 2026 – Program gotong-royong EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) telah berjaya dilaksanakan di Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM), sekaligus mencerminkan komitmen warga kerja dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih bersih, tersusun dan kondusif.

Persiapan bagi program tersebut telah bermula seawal jam 9.00 pagi sejurus selepas sesi mesyuarat penyelarasan diadakan bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan tugas dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Program ini melibatkan penyertaan aktif semua warga staf ARCUPM termasuk pelajar latihan industri yang turut bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut.

Inisiatif gotong-royong ini telah dijalankan selama dua hari dengan memberi tumpuan kepada aktiviti pembersihan, penyusunan ruang kerja, pengemaskinian kawasan pejabat serta penambahbaikan suasana persekitaran selaras dengan amalan EKSA. Melalui semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi, tenaga kerja ARCUPM berjaya mentransformasikan ruang pejabat kepada suasana yang lebih kemas, selesa dan kondusif.

Selain mengekalkan aspek kebersihan dan kekemasan, program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga ARCUPM. Usaha bersama ini memperlihatkan semangat kesepakatan dan tanggungjawab yang dikongsi dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih baik.

Program ini juga membuktikan komitmen berterusan ARCUPM dalam mengamalkan budaya EKSA di samping mewujudkan suasana kerja yang positif, sekaligus mampu merangsang idea baharu, inovasi serta meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan tugas harian.

Tarikh Input: 15/05/2026 | Kemaskini: 15/05/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (07:49:34pm-07:54:34pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]