MESYUARAT JAWATANKUASA PROTOKOL MPP SESI 2023/2024 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MESYUARAT JAWATANKUASA PROTOKOL MPP SESI 2023/2024

MESYUARAT JAWATANKUASA PROTOKOL MPP SESI 2023/2024

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 7 Ogos – Mesyuarat jawatankuasa protokol telah diadakan di bilik Menara Warisan Budi Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) yang dipengerusikan oleh Pn Aida Fitri, Penolong Pendaftar ARCUPM. Turut menghadiri mesyuarat adalah beberapa orang pegawai dan staff ARCUPM untuk sama-sama membincangkan gerak kerja masing-masing bagi memudahkan pergerakan setiap program serta pergerakkan pelajar.

Mesyuarat ini untuk membincangkan serta melantik jawatankuasa protokol yang akan memastikan pergerakan program Minggu Perkasa Putra (MPP) sesi 2023/2024 berjalan lancar. Program ini akan berlangsung kira-kira seminggu di Dewan Besar UPM bermula 30 September 2023. ARCUPM diberikan tanggungjawab untuk menjalankan kerja supaya pergerakan pelajar sentiasa lancar sepanjang program berlangsung.

MPP adalah minggu orientasi bagi pelajar-pelajar baharu yang akan mula menuntut ilmu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar kemudahan yang disediakan supaya pelajar dapat mengenali UPM serta menyesuaikan diri di sini.

Selain itu, salah satu objektif program adalah untuk mengukuhkan dan mengeratkan hubungan di antara pelajar-pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan serba sedikit tentang kehidupan di universiti, persekitaran universiti, kaedah pengajian, budaya universiti serta aspek pembinaan sahsiah yang turut diterapkan.

Dikesempatan ini ARCUPM mengucapkan tahniah kepada pelajar yang terpilih untuk menuntut ilmu di UPM. Memandangkan pelajar-pelajar bakal menjadi alumni UPM, ARCUPM mengambil peluang ini dengan turut menyelitkan program berkaitan alumni supaya pelajar mendapatkan semangat untuk menjadi alumni UPM yang berjaya dan kembali berbakti kepada alma mater.

 

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 10/10/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcQAm~