MESYUARAT JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU “COFFEE TABLE BOOK” | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MESYUARAT JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU “COFFEE TABLE BOOK”

MESYUARAT JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU “COFFEE TABLE BOOK”

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 16 OgosMesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Buku "Coffee Table Book" telah diadakan di Bilik Menara Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Encik Fahmi Azar Mistar dan turut dihadiri oleh pegawai dan staf ARCUPM dan semua yang hadir ini adalah ahli jawatankuasa yang dilantik bagi penerbitan buku “Coffee Table Book”.

Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk menyelaras tugas setiap ahli jawatankuasa bagi melancarkan penerbitan buku yang dijangka diterbitkan pada April 2024. Penerbitan buku ini akan diselaraskan dengan pelancaran Menara Jam Warisan Budi yang juga dijangkakan siap pembinaannya pada April 2024. 

Salah satu topik di dalam isi kandungan buku ini adalah mengenai Menara Jam Warisan Budi yang kini dalam proses pembinaan. Selain itu, turut disertakan dalam penulisan buku ini adalah mengenai alumni-alumni yang berjaya dan objektifnya adalah untuk memberi semangat kepada pelajar bahawasanya di luar sana ramai alumni UPM yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Ini secara tidak langsung akan memberi suntikan semangat untuk sama-sama berjaya seperti senior mereka yang terdahulu.  

Semua ahli jawatankuasa yang dilantik mengambil maklum dengan setiap tugas masing-masing setelah diberi penerangan selanjutnya dalam mesyuarat oleh Puan Aida Fitri, Penolong Pendaftar ARCUPM iaitu selaku sekreteriat asal bagi buku “Coffee Table Book”. Ahli jawatankuasa memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan proses penerbitan buku ini.

ARCUPM berharap buku ini dapat diterbitkan sepertimana yang dijangkakan dan berharap juga pembinaan Menara Jam berjaya disiapkan seperti yang dirancang dan Menara Jam Warisan Budi ini merupakan satu signifikan kepada keluhuran budi dan semangat menyumbang kembali alumni UPM yang begitu tinggi.

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 24/10/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcBAF~