Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 2 Oktober - Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) telah menerima kunjungan daripada empat pegawai Universitas Andalas, Indonesia. Delegasi ini diketuai oleh Dekan Fakulti Perubatan, Prof Dr Afriwardi, bersama Dr Yulia Yelita, Prof Dr Endang Purwati, dan Puan Afriani Sandra.
Lawatan ini bertujuan untuk menjalin kolaborasi yang lebih erat antara FPV dan Universitas Andalas. Kami berbangga kerana dua alumni kami, Prof Endang dan Puan Afriani Sandra, turut terlibat dalam kerjasama ini. Bersama-sama, kita akan memperkukuh hubungan akademik dan profesional demi kemajuan pendidikan veterinar.
Kami percaya bahawa kolaborasi ini akan membuka peluang baru dalam bidang pendidikan veterinar dan penyelidikan. Dengan sokongan daripada alumni kami, kami berkomitmen untuk terus memperkukuh hubungan ini demi kemajuan bersama. Terima kasih kepada Universitas Andalas atas kunjungan ini, dan kami menantikan kerjasama yang lebih erat di masa hadapan.

-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 21/10/2024 | Kemaskini: 08/01/2025 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor