MEKAR Siri 16: Alumni UPM Usahawan | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEKAR Siri 16: Alumni UPM Usahawan

MEKAR Siri 16: Alumni UPM Usahawan

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

Suntingan: Suziana Che Wil 

 

SERDANG, 6 FebPusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah menganjurkan program Menggamit Seribu Kenangan: Alumni Reunion (MEKAR) Siri 16: Alumni UPM Usahawan bertempat di Kelab Golf Uniputra UPM. 

Program ini telah berjaya mengumpul lebih kurang 20 usahawan dalam kalangan Alumni UPM di luar sana. Antara yang hadir selaku alumni usahawan adalah Encik Sabrie Salleh (Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia). 

Selain daripada mengukuhkan dan meluaskan jaringan perniagaan, para alumni mengambil peluang untuk bertemu rakan yang telah lama tidak bertemu dan bersua. Peluang ini juga digunakan sebaik mungkin oleh ARCUPM untuk membuat pembentangan ringkas mengenai takwim dan aktiviti yang dijalankan oleh ARCUPM bersama pelajar dan juga alumni. 

Menurut Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang 2023 dan 2024 membawa objektif dan sasarannya adalah untuk mendekatkan alumni dengan universiti dan pelajar dan seterusnya bersama-sama Universiti membantu para pelajar yang menghadapi masalah ataupun kekangan dalam meneruskan pengajian. 

Hasil usaha bersama alumni, ARCUPM telah berjaya mewujudkan lebih 20 biasiswa alumni yang telah disumbangkan kepada pelajar yang berkelayakan. Dengan perjumpaan alumni usahawan ini juga diharapkan agar alumni dapat mengambil sama-sama peluang ini untuk menyumbang kembali kepada universiti dan juga pelajar UPM. Alumni adalah suri teladan yang baik kepada pelajar dan alumni adalah susuk yang paling berpengaruh dalam kalangan pelajar. 

ARCUPM menzahirkan sekalung penghargaan kepada alumni yang sudi hadir ke program ini dan bersama-sama menyumbang kembali kepada alma mater untuk bersama-sama membawa nama UPM ke mercu kegemilangan pendidikan tinggi awam yang terkemuka bukan sahaja pada peringkat tempatan tetapi juga peringkat antarabangsa.

Tarikh Input: 07/02/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEdBA4~