MEET & GREET 4.0 PERSATUAN ALUMNI UPM BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEET & GREET 4.0 PERSATUAN ALUMNI UPM BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

MEET & GREET 4.0 PERSATUAN ALUMNI UPM BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Serdang, 11 Februari 2026 – Program Meet & Greet 4.0 anjuran Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Persatuan Alumni UPM. Program bulanan ini kembali menjadi platform bermakna untuk mengumpulkan alumni yang kini berkhidmat di pelbagai jabatan universiti bagi bertukar pandangan, berkongsi idea, dan memperkukuh kerjasama strategik bersama Pusat Perhubungan Alumni UPM, selaras dengan visi dan misi Universiti Putra Malaysia.

Edisi kali ini cukup istimewa dengan kehadiran Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM yang juga merupakan alumni, yang menyuntik inspirasi kepada para peserta melalui perkongsian pengalaman dan pandangan beliau. Beliau berkongsi kisah perjalanan kerjaya, cabaran serta strategi pembangunan universiti, yang membuka ruang kepada alumni untuk lebih memahami peranan strategik mereka dalam menyokong pembangunan universiti. Kehadiran beliau menegaskan bahawa alumni bukan sahaja duta UPM di luar universiti, malah pemangkin kepada pembangunan dalaman institusi.

Majlis ini mendapat sambutan hangat daripada alumni dan warga UPM yang hadir, dengan suasana yang mesra dan interaktif sepanjang sesi berlangsung. Program ini bukan sahaja memberi peluang untuk membina rangkaian profesional, tetapi turut memperkukuh jalinan ukhuwah, semangat kerjasama, serta memupuk budaya perkongsian ilmu di kalangan alumni dan warga universiti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua alumni dan warga UPM yang telah meluangkan masa untuk hadir serta memeriahkan program ini. Diharapkan program seumpama ini terus dijadikan platform tahunan atau bulanan yang mampu membawa manfaat berpanjangan kepada komuniti alumni dan pembangunan universiti secara keseluruhan.

Tarikh Input: 13/02/2026 | Kemaskini: 13/02/2026 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (09:17:57am-09:22:57am, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]