Majlis Jamuan Aidilfitri ARCUPM, Meriah | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Jamuan Aidilfitri ARCUPM, Meriah

Majlis Jamuan Aidilfitri ARCUPM, Meriah

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG – Majlis Jamuan Aidilfitri Pusat Perhubungan Alumni meriah dengan kehadiran tetamu yang terdiri daripada warga UPM dan para alumni. Selepas dua tahun tidak dapat mengadakan majlis sambutan Aidilfitri disebabkan oleh wabak Covid-19, tahun 2022 sambutan kembali meriah dan seterusnya dapat merapatkan silaturahim antara pelajar, warga UPM dan juga para alumni.

Majlis bertambah bermakna, apabila turut hadir alumni yang telah mengharumkan nama UPM dengan kejayaan membawa Misi UPM di Puncak Dunia@Everest, Encik Ravichandran Tharumalingam. Kesempatan itu digunakan oleh Ravichandran untuk berkongsi pengalaman, cabaran dan kejayaan beliau tiga kali mendaki puncak tertinggi dunia, Everest.

Cabaran pada kali ini ternyata berbeza apabila dia membawa harapan dan impian seluruh warga UPM untuk melihat bendera keramat UPM berkibat megah di puncak tertinggi dunia itu. Berkat doa dan usaha keras beliau, misi tersebut berjaya direalisasikan pada tanggal 12 Mei 2022 apabila sekali lagi beliau berjaya menawan puncak tertinggi itu.

Biarpun pelbagai rintangan, halangan dan banyak pengorbanan perlu dilakukan, sebaik sampai di Malaysia, beliau sudah berazam untuk sekali lagi menawan puncak itu dengan mencabar diri. Ucapnya, kejayaan tidak hadir dengan sekadar impian, tetapi ia hadir dengan usaha, kerja keras, disiplin, kesungguhan dan pastinya sokongan daripada orang sekeliling.

Pada majlis itu juga, Ravichandran telah menyerahkan kembali bendera UPM yang dikibarkan di puncak Everest kepada YH. Prof. Dato’ Dr. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ravichandran Tharumalingam.

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEXWAD~