Latihan Dikir Barat Kumpulan Kijang Mas | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Latihan Dikir Barat Kumpulan Kijang Mas

Latihan Dikir Barat Kumpulan Kijang Mas

Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid

Disunting oleh: Suziana Che Wil 

Serdang, 25 Oktober – Suasana di Astaka Seni Universiti Putra Malaysia (UPM) bertambah meriah apabila Kumpulan Dikir Barat Kijang Mas giat menjalani sesi latihan sebagai persediaan menjelang persembahan mereka sempena Malam Alumni Kijang Mas yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Sesi latihan yang berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen tinggi ini menampilkan para alumni serta ahli kumpulan yang pernah aktif dalam seni dikir barat ketika menuntut di UPM. Latihan tersebut turut dijalankan bagi mtikan persembahan yang bakal dipersembahkan mencapai mutu terbaik, sekali gus mengembalikan nostalgia zaman kampus dalam suasana penuh kebersamaan dan kekeluargaan.

Majlis yang dijadualkan berlangsung pada 15 November 2025, bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam di Menara Putra Warisan Budi, dijangka menjadi malam penuh kenangan buat seluruh warga alumni. Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan khas wayang kulit oleh Kumpulan Takisan Mas Merah, yang pastinya menambah warna dan keunikan kepada malam tersebut.

Program ini bukan sekadar pentas hiburan, tetapi juga wadah penyatuan alumni yang berkongsi minat dan kecintaan terhadap warisan seni budaya Melayu. Ia mencerminkan semangat Berilmu Berbakti yang sentiasa menjadi nadi kepada warga Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 28/10/2025 | Kemaskini: 28/10/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (11:14:19am-11:19:19am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]