Kunjungan Hormat Northern Technical University, Iraq Ke ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Kunjungan Hormat Northern Technical University, Iraq ke ARCUPM

Kunjungan Hormat Northern Technical University, Iraq ke ARCUPM

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil

 

 

Serdang, 8 Mei - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah menerima kunjung hormat daripada pengurusan tertinggi Northern Technical University (NTU), Iraq. Delegasi yang diketuai oleh Prof. Dr. Alyaa Abbas Al- Attar (Rektor NTU) ini membincangkan peluang kerjasama melalui jaringan alumni.

Menurut Prof. Madya. Dr. Aqlima, setiap peluang dan ruang untuk menghubungkan ARCUPM dan juga alumni harus dimanfaat sebaiknya. Alumni mempunyai peranan yang besar dalam bersama-sama menjayakan misi dan visi untuk melahirkan graduan yang berdaya saing tinggi dan menjayakan visi universiti ke arah menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

Mengikut kepada data dalam Sistem Maklumat Alumni (AIS) UPM mempunyai lebih 150,000 alumni yang berdaftar dalam sistem tersebut. Secara kasarnya, mungkin angka ini lebih besar jika dikira daripada awal penubuhan yang bermula dari Sekolah Pertanian Malaya pada tahun 1931.

Dengan data yang besar ini, kesepakatan alumni dialu-alukan dalam merancakkan usaha universiti untuk terus memacu ke arah kecemerlangan akademik. Salah satu langkah optimis yang diambil ialah memperkukuhkan hubungan alumni dan alma mater. Bukan setakat alumni tempatan tetapi juga alumni luar negara.

Oleh itu, ARCUPM melihat kunjung hormat ini sebagai satu langkah baharu dan awal untuk terus mendekati alumni luar negara. Bersama kita membina jambatan yang lebih kukuh untuk bersama membawa nama UPM ke puncak kecemerlangan.

 

Tarikh Input: 09/05/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:0:51:58~noCache