Serdang, 25 Februari 2026 – Zulkifli Suara, Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) Kelas 1997, telah dilantik sebagai Ketua Konservator Hutan (Chief Conservator of Forests, CCF) di Jabatan Perhutanan Sabah berkuat kuasa 25 Februari 2026.
Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kepimpinan, kepakaran dan komitmen beliau dalam bidang perhutanan serta pengurusan sumber alam. Peranan tersebut amat penting dalam memastikan usaha pemeliharaan hutan dan kelestarian alam sekitar terus diperkukuh demi kesejahteraan generasi akan datang.
Komuniti alumni UPM turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian ini dan berharap beliau akan terus menyumbang kepakaran dalam memartabatkan pengurusan hutan serta pembangunan lestari negara.

Tarikh Input: 13/03/2026 | Kemaskini: 13/03/2026 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor