Kempen Read@uni Cinta Pada Ilmu Siri Ke-4 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Kempen read@uni Cinta Pada Ilmu Siri ke-4

Kempen read@uni Cinta Pada Ilmu Siri ke-4

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 19 Ogos  - Kempen Cinta Pada Ilmu read@uni Siri ke-4 kembali lagi. Kali ini giliran Encik Sahrizan Mat Yatim dan Encik Fiddezuan Ahmad Murad menyampaikan perkongsian. Encik Sahrizan menyampaikan anotasi buku berjudul 'Refleksi Wad Sakit Jiwa: Aku Nabi Isa! manakala Encik Fiddezuan pula menyampaikan Gurindam berjudul 'Gurindam Asnita'. 

Perkongsian yang diadakan pada setiap Jumaat ini antara lain adalah untuk memupuk budaya membaca dan berkongsi ilmu di kalangan staf Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Perkongsian telah dimulakan oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar dengan anotasi buku 'Tskuru Tazaki Tanpa Warna dan 'Syarah Hadis 40' oleh Cik Aida Fitri Peli. 

Pada majlis perasmian tempohari, Pengarah ARCUPM, YBhg. Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud mengharapkan agar aktiviti ilmu sebegini dapat memberi manfaat kepada seluruh staf dan budaya ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Beliau juga membuka ruang read@uni Laman Al-Falah ARCUPM kepada staf, alumni dan pelajar yang ingin berkongsi ilmu dan juga informasi. 

 

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 01/02/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYJAC~