Buggy@Alumni Menyantuni Warga Masjid UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Buggy@Alumni Menyantuni Warga Masjid UPM

Buggy@Alumni Menyantuni Warga Masjid UPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – Buggy@Alumni hari ini menyantuni warga masjid dengan berniaga minuman di perkarangan masjid Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelbagai minuman segera minum dijual bagi memudahkan warga masjid mendapatkan minuman pada cuaca yang panas. 

Buggy yang disumbangkan oleh alumni UPM iaitu Encik Norashedy Ab Rashid, Kelas Alumni 2004 adalah untuk memberi semangat kepada pelajar Chapter Ambassador Student (CSA) mengasah bakat keusahawanan mereka demi menghadapi cabaran kerjaya yang semakin hebat di luar sana. 

Buggy yang lebih dikenali dengan nama Buggy@Alumni ini akan digunakan dalam program-program yang dijalankan oleh Pusat Perhubungan Alumni dan terdahulu buggy ini telah pun digunakan dalam Pesta Konvokesyen UPM kali ke -44 dan ke-45 baru-baru ini dengan menjual bunga kepada pengunjung pesta konvokesyen. 

Apa yang dihasratkan menerusi perkara ini adalah pelajar UPM khususnya pelajar CSA dapat manfaat dengan mengasah bakat keusahawanan mereka yang mana boleh dijadikan lapangan kerjaya apabila bergraduat kelak. 

Sumbangan buggy oleh alumni UPM sendiri telah memenuhi hasrat Naib Canselor UPM, YH Prof. Dato’ Dr. Roslan Sulaiman dalam melibatsama alumni untuk kelangsungan universiti dan juga aspirasi kedua iaitu melahirkan pelajar sebagai sosok warganegara yang baik. 

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 27/04/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEXWA0~