BINAREE CAFE' UPM PRIHATIN DENGAN MASALAH DIHADAPI PELAJAR UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » BINAREE CAFE' UPM PRIHATIN DENGAN MASALAH DIHADAPI PELAJAR UPM

BINAREE CAFE' UPM PRIHATIN DENGAN MASALAH DIHADAPI PELAJAR UPM

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malayasia (ARCUPM) dengan kerjasama bersama pihak Binaree Cafe, telah menjalinkan kesepakatan untuk membantu para pelajar yang terpilih untuk diberikan makanan secara percuma sepanjang sesi pengajian 2022/2023.

Seramai 10 orang pelajar daripada kalangan keluarga B40 dan asnaf diberikan makanan percuma sama ada untuk sarapan pagi ataupun makan tengahari. Inisiatif ini diambil oleh pihak binaree cafe sebagai salah satu sumbangan pihak mereka kepada pihak UPM yang turut menyediakan tapak dan ruang berniaga di dalam kawasan UPM kepada pihak binaree cafe.

Menurut pemilik Binaree Cafe, Encik Asree Abdol Raop, ini merupakan langkah awal mereka untuk bersama-sama pihak ARCUPM dan UPM membantu kalangan pelajar yang kurang berkemampuan. Sekurang-kurangnya dalam sehari, pelajar-pelajar ini tidak perlu lagi gusarkan mengenai kos untuk membeli makanan.

“Sudah hampir tujuh tahun Binaree cafe berniaga di sini iaitu di dalam kawasan Akademi Sukan UPM, jadi kami berasa terpanggil untuk kembali menyumbang kepada UPM. Melalui perbualan bersama Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, apa yang boleh kami sumbangkan kembali kepada UPM, maka lahirlah idea untuk menyumbang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Lahirlah Program free meal@Binaree Cafe. Tidak banyak, tetapi ada untuk disumbang kembali kepada UPM,” Siti Rahmah Ahmad yang bertindak menguruskan cafe itu.

Pada sesi perjumpaan antara pelajar yang menerima sumbangan bersama pihak Binaree Cafe, turut hadir bersama Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud. Beliau turut mengalu-alukan apa sahaja bentuk sumbangan yang boleh diberikan kepada para pelajar yang memerlukan. Kesepakatan ini menandakan kesejahteraan dan kebajikan pelajar menjadi keutamaan seluruh warga UPM.

“Kami di ARCUPM sentiasa membuka ‘pintu’ untuk sesiapa sahaja yang ingin memberikan sumbangan kerana saya yakin dan percaya kesepakatan dan kebersamaan kita ini menandakan semangat sloga ‘Daripada Alumni Kepada UPM’ itu telah dapat disemarakkan di dalam diri masing-masing. Usaha ini juga menandakan seluruh warga UPM mementingkan kebajikan pelajar agar mereka dapat belajar dengan selesa dan akhirnya dapat bergraduat dan mereka juga akan kembali menjadi alumni yang berbakti kepada alma mater.” Ujar beliau.

Bagi pelajar, Khairun Nasitah salah seorang penerima sumbangan ini, menganggap program ini sangat baik dan mereka pelajar yang menerimanya amat menghargai atas apa yang dilakukan oleh Binaree Cafe dan juga ARCUPM.

“Pasti ini adalah satu kelegaan pada kami yang kurang berkemampuan. Saya sendiri pernah bercatu kewangan demi bertahan. Dengan adanya program ini sepanjang  sesi pengajian ini sekurang-kurang dalam satu hari itu kami sudah tidak perlu fikirkan soal kos untuk makanan, kerana pihak Binaree Cafe sudah sediakan makanan untuk kami secara percuma. Terima kasih saya dan rakan-rakan ucapkan kepada Binaree Cafe dan ARCUPM yang sentiasa mengambil cakna kepada pelajar-pelajar yang memerlukan,” ulasnya.

Setiap sumbangan yang disalurkan sama ada menerusi pendanaan biasiswa, sumbangan peranti dan juga sumbangan makanan percuma kepada pelajar, menunjukkan satu kerjasama yang erat antara alumni dan universiti. Sumbangan-sumbangan ini secara tidak langsung banyak membantu para pelajar yang memerlukan untuk terus berjuang dan seterusnya dapat bergraduat dengan cemerlang seperti pelajar yang lain.

Tarikh Input: 06/01/2023 | Kemaskini: 16/03/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbEAt~