Bicara Naratif Naib Canselor Siri 7 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Bicara Naratif Naib Canselor Siri 7

Bicara Naratif Naib Canselor Siri 7

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan  

 

SERDANG, 23 Jun - Siaran langsung kupasan Bicara Naratif Naib Canselor Siri 7, Aspirasi 10 dan 11 iaitu Membingkas Pendanaan Universiti dan Melibatsama Alumni untuk Kelangsungan Universiti telah berlangsung di saluran Putra TV yang boleh diakses di saluran Youtube UPM. 

Ahli panel yang terlibat, Tuan Azrul Reza Aziz, CEO UPM Holdings, Puan Hajah Izariahwati Mohd Isa, Menjalakan Tugas Bursar UPM dan Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, manakala Tuan Haji Azizi Ismail bertindak selaku moderator. 

Bicara Naratif Naib Canselor yang telah diaspirasikan oleh Naib Canselor UPM, YH. Dato' Prof. Dr. Roslan Sulaiman, mempunyai 11 aspirasi yang telah digariskan untuk sama-sama dihayati oleh seluruh warga UPM. 

Pada kali ini kupasan terperinci mengenai aspirasi ke 10 dan 11 telah diadakan untuk sama-sama menghayati amanat dan hasrat yang disampaikan oleh YH Naib Canselor untuk seluruh warga UPM agar bersama-sama mendokong visi dan misi universiti untuk bersama-sama sederap melangkah menuju al-Falah. 

Menurut Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Proif. Madya Dr. Arba'ie Sujud, yang mengupas aspirasi ke 11 iaitu Melibatsama Alumni untuk Kelangsungan Universiti, aspirasi ini telah menyuntik semangat kebersamaan alumni dalam membawa hala tuju universiti ke mercu kejayaan. Melibatsama alumni dalam setiap program universiti menunjukkan bahawa keberadaan dan kebersamaan alumni bersama alma mater tidak pernah terputus dan peranan mereka adalah sangat penting. 

"Apa yang dihasratkan oleh YH Naib Canselor itu perlu dihayati oleh setiap alumni UPM. penghayatan seterusnya keterlibatan mereka dalam setaip agenda dan program universiti menunjukkan sikap bekerjasama dalam sama-sama membawa universiti di peringakt yang lebih tinggi bukan sahaja dalam negara malahan ke peringkat antarabangsa," ujar beliau.  

 

Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaSAD~