ASK Berjaya Tarik Penyertaan 500 Jemputan | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » ASK berjaya tarik penyertaan 500 jemputan

ASK berjaya tarik penyertaan 500 jemputan

19 Februari 2020, UPM – Alumni Sharing Knowledge (ASK) yang bertajuk Kerjaya di Awan Biru: Glamor dan Realiti berjaya menarik minat 500 jemputan yang terdiri daripada barisan alumni dan pelajar UPM. Program yang berlangsung di Dewan Kolej Pendeta Za’ba, UPM ini merupakan program anjuran Pusat Alumni dengan kerjasama Kolej Pendeta Za’ba dan Kolej 13, UPM. ASK memberi peluang kepada pelajar UPM dan alumni berkongsi dan membincangkan lapangan kerjaya di awan biru, kepakaran, pengalaman dalam dan luar UPM.

  

Alumni Berbakti melalui sumbangan idea, kepakaran dan pengalaman mampu memberi impak kepada pembentukan kemahiran insaniah pelajar UPM. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada barisan panel dan moderator forum iaitu Encik Joffanie Amir Mohd Yunus, alumni kelas 2000 (Juruterbang Air Asia), Mejar Nor Azman Shahimi, Alumni kelas 2003 (Juruterbang TD) dan Encik Husalshah Rizal Hussian, Timbalan Pengarah Pusat Alumni UPM.

   

Perkongsian ilmu ini sangat bermanfaat yang mana jemputan yang hadir mengutarakan pelbagai soalan kepada penceramah dan ia merupakan satu sesi perbincangan dua hala yang sangat bermakna. Pusat Alumni berharap program sebegini dengan kerjasama Kolej Kediaman UPM dapat dilaksanakan pada masa akan datang dan ia mampu menarik penglibatan alumni untuk kembali ke alma mater.

 

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 03/07/2020 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYEAi~