Alumni UPM Terus Berbakti Kepada Komuniti | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni UPM Terus Berbakti Kepada Komuniti

Alumni UPM Terus Berbakti Kepada Komuniti

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

 

BANTING – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) terus menjadi nadi penghubung antara alumnni UPM dan juga komubiti setempat. Menerusi Program Tautan Mahabbah pelbagai barangan keperluan berjaya dikumpulkan hasil sumbangan daripada pelbagai pihak terutamnya daripada alumni UPM.

Bagi Program Tautan Mahabbah 6.0, Rumah Amal Raudhatul Jannah telah dipilih untuk diberikan sumbangan yang berupa keperluan harian, kit keselesaan seperti bantal, selimut, comforter dan juga sumbangan khas kepada Rumah Amal Raudhatul Jannah yang bernilai RM15, 377.00. Kesemua sumbangan ini datangnya daripada alumni UPM, syarikat perniagaan dan juga orang perseorangan.

Menurut Pengarah ARCUPM, Ybhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, kesemua sumbangan yang diberikan telahpun disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Hasrat dan hajat para alumni dan para penyumbang telah berjaya dilunaskan dengan jayanya.

Menurutnya lagi, Program Tautan Mahabbah ini adalah program berterusan dan akan terus menyantuni mereka yang memerlukan sebagai satu khidmat komuniti kepada masyarakat sekitar.

Beliau juga mengharapkan kebersamaan yang berterusan oleh para alumni UPM dalam meneruskan program yang dijalankan oleh Universiti. Kerjasama yang ditunjukkan ini membuktikan para alumni UPM dan juga masyarakat sekitar sentiasa mengambil cakna akan keperluan mereka yang kurang bernasib baik.

UPM selaku universiti yang sentiasa memugar cakna, menjulang bakti akan meneruskan khidmat bakti bukan sahaja kepada nasib pelajar-pelajar di UPM tetapi juga kepada anak-anak yang berada disekitarnya.

Tarikh Input: 29/04/2022 | Kemaskini: 16/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUVAh~