Alumni UPM Dalam Peranan Bersama-sama Menyokong Hasrat Universiti | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni UPM Dalam Peranan Bersama-sama Menyokong Hasrat Universiti

Alumni UPM Dalam Peranan Bersama-sama Menyokong Hasrat Universiti

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDNG - Alumni dan alma mater mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang berpewatakan kental dan berwibawa. 

Dalam menyokong usaha Pusat Perhubungan Alumni membawa alumni pulang ke alma mater dengan terus menyumbang bakti, pelbagai cara dijalankan sama ada melalui sumbangan tunai, in-kind, pemindahan ilmu kepakaran masing-masing. 

Pusat Perhubungan Alumni menyambut baik sumbangan (in-kind) yang telah diberikan oleh Tone Wow yang disampaikan menerusi Mejar Riad Datuk Abd Malek (Alumni 1995) sebanyak RM 35,000 untuk para pelajar UPM. Sumbangan sebanyak 1000 keping simkad berkelajuan tinggi ini adalah untuk kegunaan para pelajar yang memerlukan dalam melancarkan pembelajaran yang rata-rata kini memerlukan akses kepada internet dan peranti. 

Ini salah satu tanda kepada kebersamaan alumni dalam apa juga sumbangan dalam bersama-sama membawa alma mater ke puncak kejayaan. Setiap apa yang disumbangan oleh alumni, adalah manifestasi kepada slogan 'Kami Bangga Menjadi Alumni UPM" dan juga mengukuhkan jaringan dan ikatan antara alumni dan universiti. 

Slogan 'Daripada Alumni Kepada UPM' terus disemarakkan dengan pelbagai lagi sumbangan yang diberikan dalam bersama-sama mendokong dan menyokong visi universiti iaitu menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. 

 

Pusat Perhubungan Alumni dan tidak ketinggalan Persatuan Alumni UPM akan terus meyemarakkan semangat kembali berbakti di kalangan alumni kepada alma mater. 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 18/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETLAi~