Alumni KKCR Kembali Menyumbang | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni KKCR kembali Menyumbang

Alumni KKCR kembali Menyumbang

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dengan kerjasama Alumni Kolej Kediaman CIkgu Rashid (KKCR), Pusat kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Persatuan Alumni UPM telah menganjurkan, Program  Menggamit Seribu Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri 6, iaitu Hi-Tea Alumni Kolej Kediaman Cikgu Rashid kelas 1987-1993 yang bertempat di Dewan Besar UPM. 

Pertemuan semula alumni KKCR ini ibarat sirih pulah ke gagang dan juga kembalinya semua alumni ini adalah untuk berbakti kepada alma mater terutamanya kepada pelajar-pelajar UPM yang memerlukan bantuan. 

Turut hadir pada majlis Hi-Tea tersebut ialah, Naib Canselor UPM Ybhg, Prof. Dr. Roslan Sulaiman dan juga mantan pengetua KKCR iaitu Dr. Yahya Mat Hassan. Majlis Hi-Tea itu mendapat sambutan yang luar biasa daripada warga alumninya yang hadir demi menunjukkan kebersamaan bersama alma mater dalam mencapai setiap misi dan visi universiti. 

Pada majlis Hi-tea itu juga, alumni KKCR telah menyerahkan sumbangan computer riba kepada pelajar-pelajar B40 yang berjumlah RM5,400. Sumbangan ini pastinya meringankan beban pelajar yang memerlukan peranti dalam meneruskan pengajian pada zaman pandemik yang semakin mencabar. 

Pusat Perhubungan Alumni menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada alumni KKCR dalam sumbangan yang diberikan ini. Slogan #daripadaalumnikepadaupm terus disemarakkan dengan lebih ramai alumni kembali menyumbang kepada alma mater. 

 

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUTAo~