3 Mac 2019: Fitness Vibes Alumni (FiVA) 2019 | Pusat Alumni
» BERITA » 3 Mac 2019: Fitness Vibes Alumni (FiVA) 2019

3 Mac 2019: Fitness Vibes Alumni (FiVA) 2019

SERDANG, 3 Mac 2019 -  Pusat Alumni telah berjaya menganjurkan Fitness Vibes Alumni (FiVA) 2019 bertempat di Dewan Besar PKKSSAAS, UPM. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 4-12 tahun, street soccer terbuka kepada alumni serta warga kampus, sepakan penalti, pertandingan Fitness Dance yang melibatkan instructor yang merupakan alumni UPM iaitu Zin Nat, Zin Kay, Zin Wady, Zin Shidi dan MTZF Yatt, pameran dari pelbagai agensi dan gerai jualan. Para Pengunjung juga berpeluang untuk menderma darah dan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

 

Program ini bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat, semangat kekitaan dan rasa bangga dalam kalangan para alumni terhadap alma mater dan semangat kesukanan di antara alumni dan pelajar. Pusat Alumni menerima 145 penyertaan bagi peraduan mewarna bagi kategori pra sekolah dan sekolah rendah yang mana penyertaan mereka dalam peraduan ini berjaya mengagumkan para juri. Gohet Gostan menjadi pemenang bagi Street Soccer 3x3 apabila berjaya mengalahkan Al-Ikhwan di perlawanan akhir. Sementara itu, Divas Dance Queen menjadi juara bagi pertandingan Fitness Dance. Pusat Alumni mengucapkan terima kasih kepada individu dan penaja iaitu Dr. Lim Ban Keong, Alumni Kelas 1997 (Rhone Ma Holding); Encik Loh Kwong Yik, Alumni Kelas 2012 (Walston Agriculture Advisory and Management; Encik Shahrudin Mahadi, Alumni Kelas 1992 (Embroidery Zone), Puan Nor Tuti Aini Ab. Wahid, Alumni Kelas 2005 (Ipey Resources Group) dan Syarikat Telaga Biru kerana berbesar hati menaja perjalanan program pada kali ini dan kepada para sekretariat dalam memastikan program ini berjalan lancar dan berjaya.

Tarikh Input: 05/03/2019 | Kemaskini: 05/03/2019 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
B1574340310