28 Mac 2019: Sesi Town Hall Alumni Industri UPM Siri 6, 2019 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 28 Mac 2019: Sesi Town Hall Alumni Industri UPM Siri 6, 2019

28 Mac 2019: Sesi Town Hall Alumni Industri UPM Siri 6, 2019

SERDANG, 28 Mac 2019 -  Pusat Alumni menganjurkan Sesi Town Hall Alumni Industri: Siri 6, 2019 bertemakan “Looking to a Brighter Future Through Better Leadership”. Program yang bermula pada jam 2.30 petang ini menyaksikan tiga (3) ahli panel iaitu YBhg. Dato’ Rozalila Abdul Rahman (Pengarah Urusan Lestari Prestasi Sdn Bhd), Encik Nik Nazree Nik Abdul Rahman (Senior VP of President & CEO’s Office PEMANDU Associates) dan Encik Andrew Lau (Founder & CEO Think Codex), manakala moderator town hall adalah Encik Krishnan Mariappan, Ketua Bahagian Perancangan dan Governan iDEC, UPM.

 

Program ini juga untuk memastikan para alumni akan terus menyumbang kembali kepada universiti dan tetap utuh menyokong antara satu sama lain. Ini bersesuaian dengan misi UPM untuk para alumni menyumbang kepada alma mater mereka dengan memberikan idea dan pandangan yang baik dan turut membuat sumbangan kewangan kerana sumbangan kewangan oleh para alumni membuktikan kehadiran komuniti alumni yang mantap dengan keinginan untuk membantu dalam pembangunan pendidikan universiti. Sesi Town hall ini menyaksikan 150 tetamu jemputan yang terdiri daripada daripada alumni, staf dan pelajar UPM memeriahkan program kali ini.

Tarikh Input: 05/04/2019 | Kemaskini: 05/04/2019 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDcRA4~