22-24 Mac 2019: Showcase Jalinan Alumni UPM @Zoo Taiping Siri III | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 22-24 Mac 2019: Showcase Jalinan Alumni UPM @Zoo Taiping Siri III

22-24 Mac 2019: Showcase Jalinan Alumni UPM @Zoo Taiping Siri III

 

SERDANG, 22 Mac 2019 – Pusat Alumni dan Zoo Taiping terus komited menganjurkan Showcase Jalinan Alumni UPM @ Zoo Taiping dan Night Safari siri ketiga yang merupakan salah satu program komuniti dalam melestarikan jalinan alumni-komuniti di sekitar Taiping, Perak. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah berjaya dilaksanakan antaranya Fitness Dance, Treasure Hunt dan Pertandingan Mewarna.

 

  

Pada program tersebut turut dilaksanakan projek penanaman pokok dalam usaha memulihara kehijauan flora. Timbalan Pengarah Pusat Alumni, Encik Husalshah Rizal Hussian berkata inisiatif Pusat Alumni mengadakan program ini sejajar dengan keperluan iklim negara yang memerlukan banyak pokok bagi mengurangkan kesan cuaca panas di negara ini. Program ini juga adalah platform untuk memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan alumni,  pelajar UPM dan masyarakat,” katanya. Seramai 300 alumni UPM, pelajar dan masyarakat sekitar Taiping mengambil bahagian dalam program tersebut.

Tarikh Input: 02/05/2019 | Kemaskini: 02/05/2019 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdNAX~